Saturday, August 20, 2011

ISU KHAIRI : BERTAMBAH LAGI MASALAH PERUBATAN

KAHERAH, 19 Ogos - Setelah selesai kes seorang mahasiswi perubatan Saudari Hanisah Binti Hashim, timbul pula  masalah baru dari mahasiswa perubatan Tanta, Saudara Muhammad Alif Sofian Gan yang tidak dapat memasuki peperiksaan akhir tahun pada Jun baru-baru ini mendapat perhatian serius di peringkat PMRAM.

 
Beliau dilaporkan tidak dapat memasuki peperiksaan akhir tahun kerana fail atau dokumen pengajian beliau  tidak sampai ke pihak Universiti Tanta untuk diproses
 
Dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Perubatan telah pun pergi menemui pihak pegawai EM yang terlibat iaitu En Khairi Jalalludin, namun masalah yang dihadapi oleh mangsa masih belum selesai. Sehinggakan beliau dikira gagal pada peperiksaan akhir tahun pada semester pertama iaitu Jun lalu.
 
PMRAM juga mendapat maklumat bahawa mangsa sehingga ke hari ini tidak dapat menduduki peperiksaan akhir tahun pada semester kedua yang sedang berlangsung sekarang.
 
"PMRAM dimaklumi bahawa hal ini berlaku apabila En Khairi Jalalludin enggan turun ke Universiti Tanta dengan lebih awal pada Jun lalu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Saudara Muhammad Alif," ujar Naib Presiden III, Saudara Syeikh Mujahid.
 
"Selain itu, PMRAM juga mendapat laporan bahawa pada awal kes berlaku sepatutnya En Khairi Jalalludin mengeluarkan surat rasmi kepada pihak Universiti Tanta untuk menyelesaikan masalah ini namun ia tidak berlaku," tambah beliau lagi.
 
PMRAM akan mendapatkan maklumat lengkap berhubung isu ini daripada pihak mangsa dan Perubatan Cawangan Tanta melalui Unit Kebajikan Dan Kemanusiaan DPM Tanta dengan segera  bagi memudahkan tindakan diambil.
 
"Insyaallah, PMRAM akan mengambil maklumat penuh untuk disiasat seterusnya menyusun langkah bagi membantu pihak mangsa," jelas beliau lagi.
 
Sumber :  PMRAM.org

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir