1 OGOS - Isu pencabulan ke atas mahasiswa dalam beberapa ancaman akhir-akhir ini terus dipandang serius oleh PMRAM.
Justeru perbincangan di antara PMRAM dan KBMK terus mengadakan rundingan dan perbincangan agar isu ini menemui jalan penyelesaiannya.
Pihak PMRAM mengharapkan agar mahasiswa Islam dapat mengawal tindakan dan sentiasa menanti arahan daripada pimpinan .
Setiap tindakan yang ingin dilakukan perlu difikirkan dan bertindak sebagai golongan yang memahami dalam mengaplikasikan agama dalam kehidupan.
"PMRAM dan KBMK telah mendapat kata sepakat untuk menyelesaikan perkara ini ke peringkat Al-Azhar dan PMRAM sentiasa berharap agar natijahnya adalah untuk kebaikan semua pihak" ujar Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman Presiden PMRAM 2011.
Segala permasalahan yang timbul berkenaan dengan mahasiswa samada pencabulan hak dan seumpamanya PMRAM akan terus mengadakan perbincangan dan pertemuan dengan KBMK dalam memastikan setiap masalah yang berlaku dapat diselesaikan .
"PMRAM bersedia berhadapan mana-mana pihak untuk membela hak mahasiswa dan mengharapkan agar semua mahasiswa sentiasa bertindak sebagai seorang mahasiswa Islam dan mengikut arahan daripada pimpinan" ujar Penasihat PMRAM Saudara Mohd Azlan bin Alias ketika ditemui sebentar tadi.
Sumber : PMRAM .org
0 comments:
Post a Comment