Wednesday, August 3, 2011

Isu Mahasiswa : Wakil ILMAM Bertemu Pegawai HEP Negeri



3 OGOS - Saudara Mohd Fauzan bin Mazlan, wakil Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir telah mengadakan beberapa pertemuan semalam bagi membincangkan isu mahasiswa.

Isu pencabulan hak mahasiswa di Mesir menjadi perhatian dan tanggungjawab ILMAM. Semalam, wakil ILMAM Pusat sempat mengadakan pertemuan dengan Pegawai Hal Ehwal Pelajar Melaka pada jam 2.30 petang.

Manakala pada jam 4 petang, beliau mengadakan pertemuan dengan Pegawai Hal Ehwal Pelajar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sebelum berbuka puasa, Fauzan telah dijemput untuk menyampaikan ceramah bersama Muslim Care yang diwakili oleh YB Khalid Samad dan Ustaz Ridhuan Mohd Nor.

Manakala di sebelah malamnya, beliau dijemput untuk menyampaikan kuliah di Asrama Pulau Pinang.

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir