7 OGOS - Kezaliman terhadap manusia akan dibalas dengan oleh Allah. Inilah pegangan dan keyakinan kita sebagai seorang yang beriman.
Begitu juga dengan Khairi, Pegawai JPMK dan beberapa orang pegawai HEP yang telah menzalimi mahasiswa. Kezaliman mereka juga akan dibalas oleh Allah. Apatah lagi apabila diadakan Solat Hajat dan Qunut Nazilah terhadap kezaliman mereka.
Pihak Media Mesir telah menemubual dengan seseorang yang enggan namanya didedahkan menceritakan bahawa beberapa tahun sebelum ini pernah terjadi kes yang sama. Iaitu kes penzaliman terhadap mahasiswa.
Beliau menceritakan bahawa setelah beberapa hari Solat Hajat dan Qunut Nazilah dilakukan, ada di antara pegawai yang menzalimi ketika itu, mengalami penyakit sukar untuk membuang air kecil.
Sehingga ke satu tahap, langsung tidak boleh membuangnya. Apabila perkara ini diberitahu kepada wakil mahasiswa ketika itu, satu solat hajat dilakukan bagi memulihkan kesihatan pegawai tersebut.
"Setelah solat hajat dan doa dilakukan, serta merta pegawai tadi dapat membuang air kecil", katanya lagi.
0 comments:
Post a Comment