Sunday, August 7, 2011

Pegawai Melaka Menghina Kedutaan


7 OGOS - Berikutan pendedahan laman sosial KJ Bocor, pihak kedutaan telah dihina oleh salah seorang pegawai HEP Negeri Melaka.

Pendedahan tersebut menggambarkan perbualan bertulis antara En. Khairi Jalalluddin dan seorang pegawai Melaka yang menggunakan nama samaran "seorang patriotik".

"Dan kalau benda tu diminitkan kena la jawab akan datang. Bodoh betullah, Duta ni pun takkan la tak boleh fikir. Takkanlah pegawai pembangkang setuju dengan kelab UMNO ni", katanya di dalam perbualan bertulis tersebut.

Berdasarkan apa yang berlaku, penghinaan seperti ini wajar diambil tindakan. Apatah lagi menghina jawatan yang mewakili Yang Dipertuan Agong.

Berdasarkan pendedahan tersebut, Duta telah menyebut tentang Kelab UMNO di dalam mesyuarat bersama agensi-agensi. Tindakan beliau menyebut tentang perkara tersebut tidak dipersetujui oleh beberapa pihak, lalu mereka menghina Duta di atas tindakan tersebut.

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir