Friday, August 5, 2011

PMRAM Dipilih Sebagai Ketua Tadhamun Asia Tenggara Sesi 2011


KAHERAH, 4 Ogos - Mesyuarat Tadhamun Asia Tenggara yang telah diadakan 27 Julai yang lalu telah bersetuju untuk sesi 2011, pihak PMRAM menjadi ketua bagi Tadhamum Asia Tenggara.

Mesyuarat tersebut telah diadakan di Markaz Pelajar Filipina di Rab'ah sekitar jam 5 petang.

Tadhamum Asia Tenggara terdiri daripada 6 anggota majlis yang diwakili oleh persatuan induk bagi negara masing-masing iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Singapura dan Brunei.

Sebelum ini selama 2 tahun pada tahun 2009 dan 2010, PPMI (Persatuan Pelajar Mahasiswa Indonesia) menjadi ketua bagi Tadhamun Asia Tenggara.

"Objektif dan tujuan kerjasama antara 6 negara di Asia Tenggara melalui tadhamum ini ialah untuk kerjasama dan kebaikan mahasiswa kita bersama," ujar Presiden PPMI, Saudara falahuddin.

"Pemilihan ini dibincangkan bersama antara Presiden-presiden persatuan induk dan kita telah bersetuju untuk PMRAM menjadi ketua untuk sesi 2011," jelas Presiden Persatuan Pelajar Filipina, Saudara Mikail.

"PMRAM bersetuju dan peringkat kita akan berbincang untuk memilih Aminul Am sebagai penghubung bagi Tadhamum Asia Tenggara. Nama yang telah dipilih sebagai Aminul Am akan kita maklumkan kemudian," ujar Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman.

"Pemilihan ini jelas menunjukkan PMRAM bukan sahaja mendapat sokongan sokongan mahasiswa Malaysia di luar negara bahkan persatuan-persatuan mahasiswa selain Malaysia yang berada di Mesir," tambah beliau lagi.

Sumber : PMRAM.org

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir