Monday, August 15, 2011

Isu Khairi : Keluarga Mangsa Kecewa


15 OGOS - Kes kekeliruan pengurusan Pegawai Atase EM, En Khairi Jalalludin mendapat banyak perhatian oleh semua pihak di Mesir bahkan di Malaysia.

Terbaru, pihak PMRAM dimaklumkan bahawa keluarga bagi Saudari Hanisah Hashim telah menemui pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia bagi mendapatkan penjelasan berkenaan status pengajian anak ekoran surat penangguhan yang dikeluarkan oleh pihak KPT tidak sah di Universiti Ain Shams, pusat pengajian anaknya tersebut.

Namun, ternyata pihak keluarga mangsa kecewa apabila mendapat tahu bahawa berlaku salah laku pegawai EM iaitu En Khairi Jalalludin yang mengeluarkan surat atas nama JPMK (sekarang EM) kepada KPT supaya membuat satu surat pengesahan penangguhan semata-mata untuk memuaskan hati pihak mangsa atas permohonan yang dibuat.

Selain itu, pihak KPT memberitahu bahawa akan mendapatkan penjelasan lengkap daripada pihak Education Malaysia mengenai kes kekeliruan pengurusan tersebut.

"Kita telah mendapatkan makluman bahawa pihak EM telah meminta penjelasan daripada En Khairi Jalalludin berhubung kes ini. Beliau (En Khairi Jalalludin) akan berjumpa dengan pihak dekan universiti untuk menyelesaikan kes ini," jelas Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman.

"Setakat ini, PMRAM dan BKASM menunggu jawapan hasil perjumpaan antara En Khairi Jalalludin dan pihak dekan universiti untuk merancang tindakan susulan. Apa yang pasti ia sememangnya menjadi tanggungjawab beliau (En Khairi Jalalludin) atas salah laku pengurusan yang dilakukan," tegas beliau.

Sumber : PMRAM.org

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir