Wednesday, August 17, 2011

Isu Khairi : PMRAM dan BKASM Berbincang Selesaikan Isu Pelajar Perubatan


KAHERAH, 15 Ogos : Hari ini PMRAM bersama Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dan Persatuan Pelajar Perubatan Mesir (PERUBATAN) telah membuat keputusan untuk membuat perbincangan lanjut mengenai kes seorang pelajar perubatan Saudari Hanisah Bt Hashim.

Sebelum ini, pelajar terbabit diminta oleh pihak Universiti Ain Syams untuk membayar yuran ulangan yang terpaksa di bayar sejumlah wang GBP 1500 sebagai yuran tertunggak yang dimaklumkan bahawa beliau status mengulang.

PMRAM yang diwakili Sdr.Firdaus Bin Noh, (Setiausaha Agung), Sdr. Syeikh Mujahid Sikh Nawawi (Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusian), Sdr. Norhalis Syafiq Bin Ahmad, (Naib Setiausaha Agung), Sdr. Zulhafeez bin Ahmad Zahidi (Ketua Badan Penerangan Dan Penerbitan) bersama Saudara Mohd Yazid bin Ahmad Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir( BKASM ), Saudara Syafiq Hamdani Presiden Perubatan dan beberapa orang AJKT BKASM .

Beberapa tindakan susulan telah diperbincangkan bersama bagi membela hak mahasiswi perubatan tersebut sekaligus dapat meringankan tekanan yang dihadapi oleh beliau dan pihak keluarga.

Ini membuktikan komitmen PMRAM dan PERUBATAN dalam menangani isu ini agar sikap dan pengurusan Pegawai Eduacation Malaysia Egypt [EME] mengikut etika kerja seterusnya dapat melaksanakan tugas dengan baik.

"PMRAM mengharapkan agar Encik Khairi Jalalludin dapat mengambil serius tentang perkara yang berlaku dan dapat menumpukan sepenuhnya kepada tugas dalam memastikan pengurusan akademik pelajar berjalan dengan baik" ujar Saudara Nor Halis Syafiq bin Ahmad selaku Naib setiausaha Agung PMRAM 2011.

Sumber : PMRAM.org

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir