Wednesday, August 3, 2011

Ketegasan Mangsa Halau Untuk Terus Mendiami ARMA


3 OGOS - Sehingga kini, kes halau dari Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA) masih lagi belum selesai. Seramai 3 orang mangsa halau masih lagi bertegas untuk menetap di situ selagi mana notis masih belum dikeluarkan.

3 orang mangsa halau pada mulanya dihalau secara lisan. Namun, setelah isu ini terdedah pada mata umum, pihak JPMK menafikan perkara tersebut. Mereka dihalau disebabkan keterlibatan mereka dengan dengan perhimpunan BERSIH 2.0.

Berdasarkan pertemuan PMRAM dengan pihak Warden ARMA pada 24 Julai lalu, Warden ARMA mendedahkan bahawa tindakan beliau berdasarkan arahan Pengarah JPMK sendiri. Tindakan susulan ke atas 3 orang mangsa ini akan dilakukan setelah ketibaan Pengarah JPMK dari Malaysia.

Pengarah JPMK dikatakan sudah pun kembali dari Malaysia. Namun, masih tiada sebarang respon daripada pihak JPMK daripada tindakan kotor mereka sehingga kini.

Sehingga kini, tiada sebarang notis yang diterima oleh mangsa dan mereka masih bertegas untuk mendiami asrama tersebut.

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir