8 OGOS - Isu mahasiswa bukan hanya sekadar salah laku pegawai JPMK, bahkan ia bertambah parah apabila Khairi Jalalluddin, Pegawai Atase Akademi jabatan tersebut merupakan dalang dalam memecahkan kesatuan mahasiswa.
Pendedahan yang dibuat di dalam Laman Sosial Kak Limah menceritakan bahawa beliau (Khairi) telah merancang bersama seorang Pegawai HEP Melaka dan memperalatkan mahasiswa yang bernama Faizal Sabhon untuk memecahbelahkan kesatuan mahasiswa Mesir.
Namun, tindakan beliau tidak nampak memberi sebarang kesan. Bahkan, mahasiswa lebih melihat salah laku yang dilakukan oleh Khairi terhadap mahasiswa.
Sehingga kini, Saudara Faizal Sabhon yang diperalatkan oleh Khairi Jalalluddin masih lagi meneruskan usaha untuk memburuk-burukkan PMRAM. Manakala Khairi Jalalluddin sendiri masih tidak dapat diketahui perkembangannya.
2 comments:
Assalamualaikum..apa kata media mesir menemuramah sebelah sinun plak..cth:dato duta@KJ@sesapa yang berkenaan...baru bleh lihat dan kite semua dapat nilai bg kdua-dua pihak..:)..
Setuju!
Post a Comment