Sunday, August 7, 2011

Khairi Wajar Dihantar Pulang, Mencemar Nama Negara


7 OGOS - Berikutan isu pencabulan hak mahasiswa, En. Khairi Jalalluddin, Pegawai Atase Akademik Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK) digesa supaya dihantar pulang.

Ia berikutan salah laku beliau dalam tugasan dan sikap tidak profesional. Beliau juga terlalu berpolitik sehingga mencemarkan tugasan beliau sebagai kakitangan kerajaan.

Ustaz Nasruddin bin Hassan Tantawi, Ketua Pemuda PAS Malaysia ketika ditemubual menyatakan "Tugas pegawai pendidikan diutus ke sesebuah negara seperti Mesir adalah untuk membantu proses peningkatan penguasaan ilmu mahasiswa. Malangnya Khairi Jalalluddin merosakkan segalanya. Membunuh masa depan mahasiswa semata-mata mahu memuaskan nafsu politiknya yang kotor. Tidak profesional. Bergaduh dengan mahasiswa seperti kanak-kanak nakal. Beginikah pegawai harapan kerajaan? sungguh menyedihkan".

"Saya merayu kepada kerajaan Malaysia agar Khairi Jalalluddin segera dihantar pulang untuk menjalani proses siasatan terhadap tindakannya yang menyusahkan mahasiswa. Lagi lama beliau berada di Mesir lagi rosak nama baik kerajaan Malaysia di mata mahasiswa. Khairi perlu jalani terapi akhlak dan minda agar kembali dewasa dan rasional dalam tindakan", katanya lagi.

Bahkan tindakan kotor Khairi boleh mencemarkan nama baik negara.

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir