Monday, August 8, 2011

Khairi Heret Perubatan Menyertai Kelab UMNO


8 OGOS - Berikutan beberapa pendedahan di dalam Laman Sosial Kak Limah, mendapati bahawa Khairi Jalalluddin, Pegawai Atase Akademik Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK) merupakan watak utama dalam mengheret mahasiswa perubatan menyertai Kelab UMNO.

Antara yang berlaku ialah pada Oktober 2010, di mana beliau telah mengedarkan borang Kelab UMNO dalam satu taklimat rasmi. Begitu juga apa yang berlaku di Zagazig baru-baru ini.

Selain itu, beliau juga merancang untuk meramaikan ahli UMNO dengan statusnya sebagai Pegawai Atase Akademik JPMK.

Tindakan beliau ini diselar oleh Pemuda PAS Malaysia di dalam beberapa kenyataan dan sidang media semalam.

Dalam masa yang sama, Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK) kerap kali melarang penglibatan mahasiswa dengan politik. Bahkan mereka yang dianggap mengganggu operasi Kelab UMNO akan dikenakan beberapa tindakan seperti ugutan ditarik zakat dan sebagainya.


0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir