Thursday, August 4, 2011

Presiden PERUBATAN Perjelas Isu Hak Mahasiswa


Kronologi

Pada 14 Julai yang lalu, beliau mendapat panggilan telefon yang mengkhabarkan pembuangan tanpa notis Ustaz Firdaus bin Mazlan dari Darul Ifta' Mesir kerana menganjurkan himpunan BERSIH. Beliau kemudian dihubungi DESAK dan dijemput untuk berbincang bersama barisan kepimpinan persatuan-persatuan pelajar Malaysia lain di Mesir seperti PMRAM, BKAN, SUARA dan ABIM bagi menyatakan bagaimana untuk bersuara dalam menuntut hak mahasiswa yang terancam dalam isu ini.

Tambahan, terdapat segelintir mangsa lain yang menyertai himpunan BERSIH juga yang berkemungkinan dikenakan tindakan seperti pelajar tajaan negeri Terengganu dan Perak.

Sebab Penyertaan PERUBATAN dalam Isu Hak Mahasiswa

1. Memastikan terdapat prosedur dalam mengenakan tindakan seperti memberikan amaran dan surat tunjuk sebab sebelum mengenakan tindakan yang lebih keras dan terburu-buru.

2. Menyatakan kebersamaan dalam isu mahasiswa ini.

Tindakan Sebagai Ahli

1. Ahli diminta bertindak neutral dengan tidak menyinggung mana-mana pihak dalam bentuk lisan mahupun tulisan.

2. Sekiranya disoal, nyatakan bahawa “PERUBATAN tidak bersetuju dengan tindakan terburu-buru dan melulu pihak berkenaan dan tindakan yang diambil perlu dikaji semula”.

3. Perlu ubah mindset kepada ‘mahasiswa berhak untuk bersuara dan menyatakan pandangan ’ dan PERUBATAN berharap agar perkara sedemikian tidak berulang lagi pada masa akan datang.

4. Melaporkan sebarang masalah terus kepada saudara Presiden PERUBATAN sendiri.

5. Mengingati dan mematuhi perjanjian dengan pihak penaja.

Ingin ditegaskan bahawa PERUBATAN tidak menyertai perhimpunan Bersih 2.0 tetapi PERUBATAN menyertai isu hak mahasiswa demi memelihara hak yang tercabul dan terancam.

Sumber : Perubatan.org

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir