Monday, August 15, 2011

Mahasiswa Mansurah Memprotes Khairi Jalalluddin


13 OGOS - Seramai 50 orang mahasiswa dan mahasiswi di Mansourah telah berhimpun di hadapan dewan rasmi Dewan Perwakilan Mahasiswa Mansourah (DPMM) bagi menunjukkan protes mereka terhadap Encik Khairi Jalalluddin.

Himpunan dibuat bersempena dengan majlis berbuka puasa yang di anjurkan oleh Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (EME) di Mansourah. Rombongan EME di ketuai oleh pengarahnya iaitu Prof. Dr. Hj. Su'aidi dan diiringi oleh beberapa orang pegawainya termasuklah Encik Khairi. Namun kehadiran Encik Khairi disambut dengan penuh kehinaan apabila sekumpulan mahasiswa berkumpul berhampiran keretanya dengan menayangkan sepanduk yang bertulis "Hantar KJ Pulang!!!".

Setibanya Pengarah EME ke majlis terlebih dahulu disambut oleh saudara Muhammad Fadhil yang mengetuai himpunan mahasiswa tersebut di Mansourah. Beliau yang juga merupakan wakil Gerakan Solidariti Pertahan Hak Mahasiswa (DESAK) di Mansourah sempat mengajukan beberapa persoalan kepada pengarah berhubung isu Encik Khairi. Antara soalan yang diajukan saudara Fadhil adalah berhubung dengan pendirian EME terhadap kes salah laku pegawainya iaitu Encik Khairi. Jawapan ringkas daripada pengarah ialah "Saya baru sahaja di sini sekitar tiga bulan. Saya tak tau apa-apa pun isu Encik Khairi ni, tau-tau dah meletup macam ni".

Ketika penjelasan itu dibuat oleh pengarah, Encik Khairi juga turut bersama dalam pertemuan tersebut. Apa yang menarik perhatian mahasiwa ketika itu Encik Khairi sempat mencabar mahasiswa untuk membawa kesnya ke mahkamah setelah diberi amaran oleh saudara fadhil kepada beliau untuk dibawa kesnya ke mahkamah. Encik Khairi juga sempat memberi respon bahawa apa tindakan menggodam FB beliau adalah satu tindakan yang tidak bermoral dan segala pendedahan yang dibuat oleh Kak Limah itu adlah kes yang lama.

"DESAK dimaklumkan bahawa seramai 14 orang daripada mahasiswa Dumyat turut ke Mansourah bagi menyertai himpunan tersebut" kata Naib Pengerusi DESAK

Sumber : Pmram Desak

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir