27 Ogos, Kaherah - Pegawai Atase Pendidikan EME En Khairi Jalaludin tidak lagi turun bertemu pelajar untuk berbuka puasa bersama ekoran desakan mahasiswa-mahasiswi Mansurah berhasil.
Menurut seorang mahasiswa yang tidak mahu dikenali, beberapa orang pegawai EME termasuk En Khairi Jalaludin menghadiri Ifthor Jamaie anjuran EME di Mansurah pada 13 Ogos yang lalu. Malangnya kehadiran mereka disambut hampir 50 orang mahasiswa-mahasiswi yang mengecam tindakan salah laku En Khairi Jalaludin.
Katanya lagi, beberapa sepanduk tertulis "Hantar KJ Pulang" dipampang di hadapan kereta En Khairi Jalaludin ketika mereka sampai di Mansurah untuk menghadiri majlis berbuka puasa. Berita lanjut di sini.
Hasil daripada desakan tersebut, Pegawai Atase Pendidikan EME En Khairi Jalaludin tidak lagi menghadiri majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh EME di beberapa Muhafazah dan rumah negeri di Kaherah.
Kehadiran beliau bersama-sama Pegawai EME yang lain untuk bertemu pelajar akan memburukkan lagi nama EME apabila mereka disambut dengan keadaan yang dingin oleh mahasiswa-mahasiswi seperti yang berlaku di Mansurah.
Lebih memalukan lagi apabila beliau menghadiri Forum IRHAM '11 anjuran PMRAM, HEP Selangor dan MAPIM secara sembunyi dan senyap-senyap akibat khuatir sekali lagi beliau disambut dengan sepanduk yang sama di Mansurah. Berita lanjut di sini.
Mungkin selepas ini beliau akan menghadiri majlis anjuran PMRAM secara senyap-senyap serta sekali lagi menyangka bahawa kehadiran beliau tidak disedari oleh mahasiswa-mahasiswi.
Sekiranya beliau hadir, buat-buatlah seperti tidak sedar dengan kehadirannya. Tentu En Khairi Jalaludin pulang dengan seronok bagaikan 'Boboi mendapat mainan yang baru'.
0 comments:
Post a Comment