Isu mahasiswa di Mesir yang berlaku baru-baru ini tidak senyap begitu sahaja. Timbul pula isu baru berkaitan pengurusan KJ. 
FB Kak limah telah mendedahkan pelbagai kejahatan yang telah  dilakukan oleh en.KJ. Antara tugas utama KJ adalah untuk memastikan  semua pelajar di Mesir akan menyokong UMNO. 
KJ terlalu sibuk untuk mengUMNOkan orang sampai terabai kerja utama  dia selaku Atase Pendidikan. KPT (kementerian Pengajian Tinggi) melantik  beliau untuk menjalankan tugas selaku pegawai yang menguruskan  kemasukan pelajar ke universiti-universiti di Mesir ini. malang sekali  tugasan utama beliau terbengkalai dan menyusahkan orang lain. 
Isu terbaru berkaitan pengurusan pegawai "haprak" ini telah  terbongkar apabila seorang mahasiswi Universiti Ain Shams bernama  Hanisah Hashim mendedahkan kelalaian KJ dalam mengurus kemasukan beliau  ke tempat pengajian beliau. 
Saudari hanisah telah menerima surat "Pemakluman Kemasukan Ke  Universiti  di Mesir" dari pihak KPT yang bertarikh pada 8 disember  2009. Surat tersebut telah mengesahkan bahawa beliau sudah mendapat  tempat di Universiti Ain Shams dan akan memulakan pengajian pada sesi  2009/2010. 
Saudari hanisah telah mengalami beberapa masalah sehingga terpaksa  memohon untuk menagguhkan pengajiannya. Permohonan beliau telah dihantar  kepada KJ untuk diuruskan dan dimaklumkan kepada pihak Pejabat Pelajar  Luar (wafidin) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Mesir. 
Pihak KPT telah memberi jawapan balas kepada saudari hanisah  terhadap permohonan tersebut dan menyatakan Kementerian Pengajian Tinggi  Mesir telah bersetuju untuk membenarkan penangguhan pendaftaran bagi  sesi 2009/2010. 

surat penangguhan pendaftaran (16 julai 2010) 
 Namun malang sekali, KJ telah menipu pihak KPT dengan memaklumkan  bahawa permohonan penangguhan tersebut telah diluluskan oleh pihak  Kementerian Pengajian Tinggi Mesir. 
Ini terbukti apabila pihak universiti mengesahkan bahawa status pengajian hanisah adalah mengulang tahun "repeat year"  bukan sebagai pelajar baru sesi 2010/2011.  Status pengajian ini  menyebabkan beliau terpaksa menanggung sendiri kos yuran yang berganda  sebanyak GBP 3000 bersamaan LE 30,000 (RM 15,000). 
Rentetan dari bebanan yuran yang tidak mampu dijelaskan, saudari  hanisah tidak dibenarkan untuk mengambil slip keputusan peperiksaan sesi  2010/2011. 

"financial slip" yang perlu dijelaskan berjumlah GBP 3000 / RM 15,000.
 Isu ini jelas menunjukkan pengurusan haprak KJ yang telah  menipu pihak KPT dan menyusahkan banyak pihak. Mahasiswa sedar  menyarankan agar pihak KPT menyiasat maklumat yang telah diberikan oleh  pegawai ini dan memilih pegawai yang profesional untuk menjalankan  amanah tugasan. En Khairi Jalaludin perlu dipanggil pulang dan  menamatkan perkhidmatannya di Mesir. 
Kerana terlalu sibuk dengan tugasan parti, kerja utama selaku Atase terbengkalai. 
Sumber : mahasiswa sedar 






1 comments:
Nama saya Aditya Aulia saya mengalami trauma keuangan karena saya ditipu dan ditipu oleh banyak perusahaan pinjaman online dan saya pikir tidak ada yang baik bisa keluar dari transaksi online tapi semua keraguan saya segera dibawa untuk beristirahat saat teman saya mengenalkan saya. untuk Ibu pada awalnya saya pikir itu masih akan menjadi permainan bore yang sama saya harus memaksa diri untuk mengikuti semua proses karena mereka sampai pada kejutan terbesar saya setelah memenuhi semua persyaratan karena permintaan oleh proses saya bisa mendapatkan pinjaman sebesar 350jt di rekening Bank Central Asia (BCA) saya saat saya waspada di telepon saya, saya tidak pernah mempercayainya, agaknya saya bergegas ke Bank untuk memastikan bahwa memang benar ibu kontak sekarang mengalami terobosan pemanasan jantung dalam kehidupan finansial Anda melalui apakah itu BBM INVITE-nya: {D8980E0B} atau apakah kamu ingin mengkonfirmasi dari saya? Anda bisa menghubungi saya melalui surat saya: {aditya.aulia139@gmail.com} dan juga Anda bisa menghubungi perusahaan ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY (ISKANDAR LENDERS) via: {mail:iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}
e_mail:::[aditya.aulia139@gmail.com]
[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
WhatsApp:::[+44] 7480 729811[Chats Only]
Telephone Number☎[+44] 7480 729811[Calls Only]
BBM INVITE:::[D8980E0B]
Post a Comment